PERATURAN PENGGUNAAN PSS

1. WAKTU DI BUKA :
Isnin - Jumaat = 7.30 a.m - 6.30 p.m
Sabtu = 8.30 a.m - 12.00 p.m

2. PERATURAN MASUK PSS:
- Sebelum masuk pastikan kasut disusun diatas rak kasut
dengan elok.
- Murid hendaklah beratur 2 barisan lelaki dan perempuan
mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
- Sebelum masuk, pastikan ada guru bersama.

3. PERATURAN DALAM PSS :
- Ambil dan catat buku REKOD PENGGUNAAN PSS sesi pagi
/petang (ketua kelas/penolong/ pengawas pss)
- Kalau datang persendirian waktu rehat, sila catat di dalam
buku catatan pengunjung.
- Dilarang menbuat bising. Denda akan dikenakan kepada
murid yang membuat bising.
- Murid tahun 2, 3, 4, dan 5 dibenarkan meminjam 2 buah
buku sahaja dalam tempoh seminggu. Murid yang lewat
memulangkan buku akan didenda. Buku yang hilang mesti
diganti dengan buku atau harga senilai.
- Semua pinjaman hendaklah diuruskan oleh pengawas PSS
atau guru matapelajaran di kaunter.
- Ambil buku nilam di rak tersedia, pilih buku di rak buku
(Waktu BM –buku BM/waktu BI –buku BI)
- Ambil 1 buku sahaja pada 1 masa.
- Sesudah baca, sila letak buku di dalam troli yang tersedia.
- Jangan lipat, koyak atau cacatkan buku terutama majalah.
- Tidak dibenarkan membawa masuk beg, buku lain,
makanan atau minuman di dalam PSS.
- Dilarang menconteng meja, kerusi, dinding, rak buku atau
semua perabot di dalam PSS.

4. PERATURAN KELUAR PSS :
- Kerusi dimasukkan ke bawah meja.
- Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang buku dari PSS
kecuali yang dipinjam.
- Keluar dan pakai semula kasut dengan senyap dan beratur
ke kelas dengan tertib.
- Tutup semua suis lampu, kipas dan pintu.

TUGAS-TUGAS GURU PERPUSTAKAAN

1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
2. Membuat anggaran belanjawan perpustakaan.
3. Menyediakan senarai buku-buku, alat-alat bilik perpustakaan.
4. Melantik, melatih, menyelia pengawas perpustakaan dalam membantu menguruskan perpustakaan.
5. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan.
6. Menjamin bahawa perpustakaan diuruskan dengan teratur.
7. Dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan buku-buku, majalah-majalah, dan lain-lain jenis bahan sesuai untuk murid-murid dan guru-guru.
8. Membuat pesanan buku-buku dan alat-alat perpustakaan melalui Guru Besar.
9. Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup serta akur dengan borang pesanan invois.
10. Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan.
11. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan mengelaskan buku-buku tersebut mengikut perkelasan "Perpuluhan Dewey".
12. Memastikan setiap buku mengandungi doket buku, kad buku, "slaid" tulang belakang dan kad catalog sebelum digunakan.
13. Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertandingan membaca dan seumpamanya.
14. Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan senarai kekerapan murid-murid meminjam buku.
15. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
16. Menjilid majalah-majalah.
17. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan daripada kecurian atau kehilangan.
18. Memastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan perpustakaan.
19. Mengadakan fail tegak.
20. Menyimpan guntingan atau keratan akhbar-akhbar dan kertas-kertas soalan peperiksaan untuk rujukan.
21. Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti mengisi jadual kedatangan, menyusun buku-buku di rak dan para-para, mengemas dan menguncikan perpustakaan, melengkapkan buku stok dan mengisi butir-butir pada buku baru.
22. Menguruskan proses hapuskira.
23. Menyemak dan menutup stok di akhir tahun.
24. Melantik pengawas PSS.
25. Menjadi perantara pihak sekolah dengan pustaka bergerak.
26. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Monday, February 27, 2017

NILAM SEDAERAH 2017